PMPL: Yoodo Alliance 4Rivals muncul juara liga

Peringkat liga PMPL MY/SG/PH musim kelima kini sudah tamat dan pasukan Yoodo Alliance 4Rivals muncul juara keseluruhan liga.

Pengumuman itu dibuat oleh pasukan 4Rivals di dalam sebuah hantaran ringkas di Instagram rasmi mereka.

Pasukan Yoodo Alliance 4Rivals mendahului carta dengan mata terkumpul sebanyak 564 mata, manakala pasukan Genexus berada di kedudukan kedua dengan perbezaan mata sebanyak 21 mata sahaja (543).

Selain itu, Axis RedONE berada di kedudukan ketiga dengan 519 mata dan Dingoz Esports berada di kedudukan keempat dengan 511 mata.

Mereka bersama 15 pasukan yang lain berjaya layak ke peringkat country final yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Manakala, Team Haq, Team SMG, KHI Esports dan juga pasukan Almighty gagal melayakkan diri menurut keputusan Liquipedis (tidak rasmi).

Mereka berada di kedudukan empat tercorot. Pasukan Homebois juga layak meskipun menerima penolakan mata tempoh hari.

Syabas diucapkan kepada semua pasukan Malaysia kerana sudah berjaya membuktikan mereka pasukan yang berkaliber di dalam dunia PUBG Mobile.

Dalam pada itu, terdapat isu pepijat pada hari keempat dan mereka sedang menyiasat isu ini.

Kami akan mengemas kini atikel ini semula apabila keputusan rasmi sudah keluar.

Foto: Instagram 4rivals_

RELATED NEWS

+