PMWL: Team Secret raih Chicken Dinner pertama di Super Weekend 2

Pasukan PUBG Mobile negara, raih Winner Winner Chicken Dinner pertama di minggu Super Weekend 2 dalam Liga Dunia (PMWL Timur) sebentar tadi.

Wakil Malaysia itu berjaya ‘tapau’ pasukan Indonesia, Bigetron Esports dengan berbalas tembakan di sebalik tembok dan pokok di peta Vikendi.

Di bulatan terakhir menyaksikan Team Secret bertempur dengan King of Gamers, menunjukkan kemahiran serangan jauh mereka.

Mereka berjaya mendapatkan 12 mata bunuh dengan keseluruhan 32 mata.

PMWL Timur mengumpulkan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM1.8 juta. Pasukan-pasukan ini bertarung dalam Super Weekend selama tiga hari untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Final PMWL.

Hanya mata dikumpul pada Super Weekend akan dikira sebagai markah dikumpul ke final liga.

Foto: PUBG Mobile

RELATED NEWS

+