PMWL: Yoodo Gank kekal tangga pertama, Secret nombor sepuluh

Dua pasukan Malaysia, Yoodo Gank dan Team Secret masing-masing mencatatkan ranking pertama dan kesepuluh pada hari pertama Super Weekend 1 PMWL Timur, hari ini.

Dalam perlawanan di peta terakhir Erangel hari ini, Yoodo Gank masih kekal di tangga pertama dengan 104 mata keseluruhan dan 37 mata bunuh.

Berbekalkan itu, mereka juga mendapatkan 3 WWCD.

Pusingan ke-4 menyaksikan Fredo dari Team Yoodo Gank telah diratakan pada peringkat awal. Namun, ahli pasukan beliau berjaya mengekalkan posisi mereka. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Team Yoodo Gank telah disingkirkan di ranking yang ke-15.

Harapan Malaysia digalas oleh Team Secret yang masih berjuang di top 7. Perlawanan di bulatan terakhir menyaksikan perang tiga segi antara Team IND, Team Secret dan juga Team Valdus The Murder.

Team Secret akhirnya tumbang dan mendapat tempat ke-2 di peta Sanhok.

Di peta terakhir,  Team Secret kecundang di peringkat awal apabila mereka cuba untuk memaksa pihak lawan memulakan peperangan. Akan tetapi, mereka tidak dapat mendominasi seterusnya meninggalkan seorang sahaja ahli pasukan mereka. Mereka kemudiannya tumpas di ranking ke-16.

Team Yoodo Gank mengikuti jejak Team Secret setelah mereka ditewaskan di ranking keenam.

Ini menjadikan Team Yoodo Gank kekal di kedudukan tertinggi pada minggu pertama Super Weekend. Dan Team Secret berada di kedudukan yang ke-10 dan masih belum Chicken.

RELATED NEWS

+