PMWL: Yoodo Gank menyengat, berjaya dapatkan WWCD pertama

Pasukan terbaik PUBG Mobile Asia Tenggara, Yoodo Gank raih Winner Winner Chicken Dinner pertama dalam perlawanan pembukaan Super Weekend PMWL Timur sebentar tadi di peta Erangel.

Yoodo Gank berjaya mengumpul sebanyak 19 mata bunuh dan keseluruhan 39 mata dan 20 placing points.

Sementara itu, Team Secret pula hanya berjaya mengumpul 5 markah di kedudukan ke-10.

Team secret pada mulanya dapat mengekalkan rentak mereka di dalam top 20 yang masih hidup.  Sedikit kesilapan yang telah dilakukan telah menyebabkan mereka tersingkir.

Yoodo telah menumbangkan team dari indonesia iaitu Team IND dan juga BTR. Mereka mengatur strategi dengan baik dan dapat menumbangkan satu demi satu pasukan.

Mereka akhirnya memenangi pusingan apabila drax berjaya mengalahkan pemain GXR yang terakhir. 

RELATED NEWS

+