Pra-Tempah Octopath Traveler Di PC Sekarang – Berharga RM190

Kita sedia maklum yang Square Enix akan melancarkan Octopath Traveler di PC menerusi Steam pada Jun dan sekarang permainan ini sudah boleh ditempah awal – korang boleh dapatkan 11 wallpapers ekstra dengan harga RM190.

Di PC, Octopath Traveler membawakan grafik HD-2D yang lebih cantik berbanding dulu (Switch). Ia juga memaparkan stail visual yang unik, menggabungkan karakter 2D dilakar teliti dengan persekitaran 3D – yang terbaru dalam mana-mana permainan.

Game ini memperkenalkan lapan karakter dengan kemahiran serta latar belakang tersendiri. Dari peranan sebagai pahlawan, rahib sehinggalah penari, korang boleh customize karakter ini mengikuti cita rasa sendiri. Setiap karakter mempunyai ‘Path Actions’ – satu abiliti unik untuk korang progress dalam jalan cerita, mencari barang tersembunyi dan mendapat kelebihan dalam perlawanan.

Ala-ala Final Fantasy, Octopath Traveler akan dilancarkan di PC pada 7 Jun 2019. Ia akan menyokong audio suara Inggeris dan Jepun. Sebelum ini, Nintendo Switch mendapat hak eksklusif namun ia akan hadir ke PC juga kerana permintaan ramai.

Pra tempah di SINI.

RELATED NEWS

+