PUBG Mobile kini boleh dimainkan dalam Bahasa Melayu

Kemaskini 1.0 PUBG Mobile kini telah tiba dan ia memperkenalkan beberapa perkara baharu yang sangat menarik. Antaranya adalah peta Erangel versi baharu dan juga tetapan Bahasa Melayu.

Tetapan Bahasa Melayu diperkenalkan kerana pihak pembangun PUBG Mobile sendiri menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran yang penting untuk permainan mudah. alih tersebut.

Untuk menggunakan tetapan Bahasa Melayu, pemain hanya perlu mengaktifkannya di menu tetapan. Pemain di Malaysia juga akan menerima ganjaran-ganjaran istimewa apabila mereka log masuk secara konsisten selama tujuh hari.

Selain daripada peta Erangel versi baharu, peta Livik juga telah menerima penambahbaikkan dari segi kualiti grafik, keseimbangan, dan pembetulan pepijat.

Sebuah senjata baharu iaitu senapang patah semi-automatik M1014 juga telah dimasukkan ke peta Livik. Ia hanya muncul dalam mod permainan Classic Battle Royale dan Arena.

Ingin latih diri anda untuk menjadi pemain PUBG Mobile yang lebih handal? Anda boleh kunjungi Cheer Park untuk berseronok dengan pemain-pemain lain dan juga berlatih. Ia boleh diakses melalui laman lobi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kemaskini 1.0 PUBG Mobile, anda boleh melayari laman web rasmi PUBG Mobile.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+