PUBG Mobile Memperkenalkan Mod First-Person Dan Macam-Macam Lagi

PUBG Corp. dan Tencent mengeluarkan update terbaru bagi versi peranti pintar untuk PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG). Update ini boleh mula dimuat turun di iOS dan juga Android dan memperkenalkan beberapa fungsi baru terutamanya mod baru, emotes dan kandungan lain.

Ia juga menambahkan keupayaan untuk bermain dalam perspektif first-person dan mod Arcade terbaru iaitu Mini-Zone. Dalam mod ini, pemain akan ditempatkan dalam peta lebih kecil tapi mempunyai senjata tiga kali ganda lebih banyak, lebih mencabar dan jangka masa perlawanan yang singkat.

Royale Pass, satu sistem progression diperkenalkan, sama seperti Event Pass di PC. Ia mengandungi misi harian dan mingguan untuk diselesaikan bagi menaikkan rank dan mendapatkan kotak.

Tencent juga memperkenalkan beberapa skin untuk senjata bagi menukar gaya karakter korang dalam PUBG Mobile ni. Korang juga boleh melihat stat senjata dan bagaimana ia dibandingkan dengan senjata lain apabila di Armory.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+