PUBG: NEW STATE – ujian Alpha kedua tamat, pra-daftar kini di India

Ujian Alpha kedua bagi PUBG: NEW STATE SUDAH berakhir pada 29 Ogos lalu selepas dilaksanakan selama tiga hari.

Kini, proses pra-daftar kini dibuka untuk para pemain di India vagi pengguna Android dan iOS. 

Pihak Krafton memulakan ujian Alpha bermula 9 Ogos lalu dengan menerima pendaftaran daripada mereka dan perlaksaan ujian pada 27 hingga 29 Ogos. Buat masa ini  ujian Alpha pertama PUBG: NEW STATE sudah dilaksanakan secara tertutup di Amerika Syarikat dan ujian kedua di 28 buah negara lain.  

Sepanjang ujian itu, mereka menerima pelbagai laporan pepijat, cadangan dan maklum balas daripada komuniti dan mengharap dapat memberikan kualiti permainan yang baik apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak. 

Para peserta juga diingatkan bahawa setiap data, informasi dan barangan dalam permainan sepanjang ujian Alpha akan dipadam, dan mereka juga dinasihatkan untuk memadam aplikasi selepas ujian itu tamat. 

Selain itu, pihak Krafton juga mengumumkan bahawa proses pra-daftar kini dibuka bagi pemain di India. Hal ini diumumkan di laman mereka di SINI dan di laman Twitter mereka. 

PUBG: NEW STATE dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Oktober ini di Android dan iOS. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PUBG NEW STATE, ikuti mereka di saluran YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram.

Sumber: GamingonPhone, PUBG NEW STATE, The Gamer

RELATED NEWS

+