realme 11x 5G akan dilancarkan 15 September ini – skrin 120Hz, kamera 64MP dan pilihan warna menarik

realme menambahkan koleksi kepada siri realme 11 dengan memperkenalkan realme 11x 5G, peranti pintar peringkat permulaan. Ia akan dilancarkan pada 15 September ini dengan dua jenis pilihan warna, Purple Dawn dan Midnight Black.

Berpegang kepada ‘No Leap No Launch’, realme 11x 5G dilengkapi 120Hz kadar segar semula dengan paparan 6.72 inci dengan panel HD penuh.

Ia juga mempunyai rekaan melengkung dengan efek cahaya berbentuk S. Bagi anda yang gemarkan rekaan lebih premium, Midnight Black adalah pilihan lebih sesuai.

Dari segi kamera, ia mempunyai kamera utama 64MP, 2 kali ganda Zoom sensor dalam kamera dan mod Street Photography.

Hanya 29 minit diambil untuk mengecas realme 11x 5G dari 0% ke 50% dengan kapasiti bateri 5,000mAh dan 33W SUPERVOOC.

RELATED NEWS

+