realme memperkenalkan siri GT terbaru, GT Neo 3 dengan harga RM2,099

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, semalam melancarkan peranti terbaru mereka, Siri GT kegemaran peminat, GT Neo 3.

Menampilkan pemprosesan 5G MediaTek Dimensity 8100 yang pertama di Malaysia, realme GT Neo 3 turut membawa Cipset Paparan Terdedikasi pertama di dunia untuk meningkatkan kualiti imej dan kadar penyegaran, menawarkan Pengalaman Permainan Dwi-Cip terbaik.

Ia menawarkan visual permainan yang menarik, hasil daripada panel AMOLED 6.7-inci dengan resolusi HD+ penuh. Pengguna boleh bermain permainan video pada kadar bingkai tertinggi tanpa kebimbangan penurunan prestasi dengan paparan Ultra Smooth 120Hz dan HDR 10+.

realme mereka bentuk GT Neo 3 dengan ciri Pengecasan SuperDart 80W yang membolehkan peranti mengecas dari 0 hingga 50% dalam masa 12 minit sahaja. 

GT Neo 3 juga menampilkan ruang penyejukan terbesar untuk prestasi tanpa halangan dan pengalaman permainan yang lancar untuk pengguna. Cip ini mempunyai ruang penyejukan wap keluli tahan karat 4,129 mm per segi.

Dari segi fotografi, peranti Kamera Sudut Lebar Ultra 119°, Kamera Makro 4cm dan Kamera Utama 50MP dengan Bukaan F/1.88 dan Saiz Penderia Besar 1/1.56 inci untuk gambar yang jelas dan terperinci termasuk rakaman video.

realme GT Neo 3 (8 + 256GB) akan dijual pada harga RM2,099, tetapi anda semua boleh mendapat tawaran istimewa dengan harga RM1,799 sahaja dari 15 hingga 17 Jun di realme Flagship Store Lazada.

RELATED NEWS

+