realme 5 & realme 5 Pro Dilancarkan – Quad Kamera & Bateri 5000mAh Berharga Bermula RM799

realme Malaysia baru-baru ini telah melancarkan siri telefon pintar baru – realme 5 dan realme 5 Pro dipacu oleh Qualcomm Snapdragon 665 dan 712.

realme 5 dan realme 5 Pro

Siri realme 5 ini adalah telefon-telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai quad kamera iaitu empat kamera di bahagian belakang. Quad kamera ini adalah kamera pelbagai fungsi terdiri daripada lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

Menurut Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, realme 5 Pro dan realme 5 adalah satu penaiktarafan besar daripada siri realme 3 dengan quad kamera dan prestasi keseluruhan untuk penggunaan harian, hiburan dan gaming di samping harga berpatutan yang mana menjadikan telefon realme popular dalam kalangan anak muda yang sedang belajar dan bekerja.

realme 5 – Bateri tahan lama

realme 5 mempunyai pemprosesan Snapdragon 665 AIE iaitu daripada generasi ketiga enjin Qualcomm AI yang memberikan prestasi mantap untuk telefon mid-range. 

Paparan skrin adalah seluas 6.5 inci Full HD+ memberi pandangan lebih luas dan pengalaman permainan yang memuaskan bersama kualiti pembesar suara yang tinggi.

Untuk bahagian quad kamera pula, ia dilengkapi dengan kamera ultra-lebar 119° (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP) serta kamera hadapan (13MP). 

Apa yang lebih menarik tentang telefon ini, ia dipacu oleh bateri bersaiz besar 5000 mAh membolehkan korang menikmati telefon pintar ini lebih lama dengan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie. Namun, sayangnya realme 5 masih lagi menggunakan micro-USB yang menyukarkan proses caj laju untuk bateri berkapasiti tinggi ini.

realme 5 didatangkan dengan dua warna baru – Crystal Blue dan Crystal Purple dengan reka bentuk berlandaskan diamond-cut dan berikan ilusi hologram berbentuk 3D.

realme 5 Pro – Peningkatan quad kamera

realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE dengan CPU berkelajuan 2.3 GHz dengan GPU Qualcomm Andreno 616 untuk prestasi pengkomputeran AI dan gaming pantas.

Quad kamera mendapat peningkatan lebih tinggi berbanding realme 5 iaitu kamera utama Sony IMAX 586 (48MP) dan kamera hadapan Sony IMX471 AI 16MP untuk imej menakjubkan. 

Dari segi skrin pula, realme 5 Pro lebih kecil iaitu paparan skrin 6.3 inci FHD+ dan didatangkan dengan warna Crystal Green dan Sparkling Blue bersama warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. 

Model ini mempunyai bateri berkapasiti 4035 mAh iaitu pengurangan agak besar dengan realme 5 tetapi telefon ini mengecas lebih laju dalam masa singkat dengan kabel jenis USB-C dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0.

Buat pertama kali, kedua-dua telefon pintar realme 5 ini akan dijual khas melalui di platform Lazada. Lihat senarai harga di bawah:

realme 5 – Jualan akan bermula pada 17 Oktober 2019

  1. 3GB RAM+64GB ROM – RM599
  2. 4GB RAM+128GB ROM – RM799

realme 5 Pro – Jualan akan bermula pada 10 Oktober 2019. 

Pra-tempah boleh dilakukan sekarang di kedai-kedai realme yang sah. Sila layari pautan ini untuk lokasi kedai realme berdekatan.

  1. 8GB RAM +128GB ROM – RM1,099

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+