[RECAP] Keputusan PMPL MY/SG musim keempat – weekdays

PMPL MY/SG baru sahaja menamatkan peringkat weekdays pada hari rabu, banyak kejutan yang berlaku semasa minggu pertama. 20 pasukan ini bertarung untuk merebut wang hadiah lumayan beserta slot untuk ke peringkat Liga Asia Tenggara.

Keputusan pada hari pertama peringkat weekdays menyaksikan pasukan Farang Legund menguasai permainan, mereka berjaya mendapatkan tempat pertama dengan mata placement sebanyak 52 sementara itu pasukan SMG berada di kedudukan kedua dengan 50 mata.

Pasukan Team Secret mengalami saat sukar pada hari pertama begitu juga dengan juara musim lepas, RSG Malaysia. Geek Fam berada di tempat tercorot dengan hanya 5 mata.

Kejutan berlaku lagi di hari kedua peringkat weekdays apabila pasukan 4Rivals berjaya mendahului pasukan lain dengan 95 mata, mereka menduduki tempat ke-10 pada hari pertama. Ini adalah satu kejayaan yang besar untuk mereka dan mereka lolos ke peringkat super weekend.

Geek Fam berjaya mengubah kedudukan mereka dan naik sebanyak 10 anak tangga menjadikan kedudukan mereka di tempat yang ke-10 dengan 54 mata. Juara musim lepas, RSG Malaysia nyaris-nyaris gagal mendapatkan slot ke peringkat super weekend dengan 45 mata.

Pasukan NSP Astra, Ysx, Anti Circle dan Yoodo Alliance gagal untuk ke peringkat super weekend yang pertama kali ini. Mungkin mereka perlu mengatur kembali strategi untuk mencuba nasib di minggu kedua nanti.

Nantikan perlawanan peringkat super weekend pada jam 5.30 petang hari ini. 16 pasukan akan bertarung untuk merebut mata bagi merebut slot untuk ke peringkat Liga Asia Tenggara dan country finals. Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+