[RECAP] PMPL MY/SG: Keputusan peringkat Weekdays hari pertama

Pasukan YSX yang gagal mara ke peringkat super weekend minggu lalu kini melakukan kejutan pada hari pertama peringkat weekdays minggu kedua. Mereka berjaya menduduki tempat pertama dengan 59 mata.

Al Ikhlas R2K berada di kedudukan kedua dengan 48 mata dan Axis Redone berjaya mendapatkan tempat ketiga. 

Selain itu, pasukan SMG berada di kedudukan yang ke-11 setakat ini, mereka cukup cemerlang di peringkat super weekend minggu pertama dengan berada di kedudukan kedua di belakang Axis Redone.

NSP tidak bernasib baik pada hari ini, mereka berada di kedudukan tercorot dengan hanya 7 mata. Di minggu pertama, NSP juga gagal melayakkan diri. Adakah mereka mampu bangkit pada hari esok untuk berada di dalam top 16? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+