Resident Evil 4 Remake Mungkin Dalam Pembangunan

Beberapa laporan mengatakan Resident Evil 4 Remake sedang dibangunkan. Walau tidak dikomen oleh Capcom sendiri tapi info tertiris dari Dust Golem selaku individu yang kerap menyampaikan info tertiris mengatakan pembangunan RE4 remake sudah bermula sejak 2018.

Tambahnya lagi, ia mengambil masa empat tahun untuk dibangunkan dengan tarikh pelancaran pada 2022 bermaksud ia mempunyai proses lama untuk dibangunkan berbanding RE2 dan RE3. Lebih menarik, ia mempunyai unit pasukan terdiri dari kakitangan lebih ramai dari kedua remake ini bermakna Capcom ingin all out untuk RE4 kali ini.

Ia tidaklah mengejutkan kerana RE4 antara paling digemari dalam siri walaupun bukan best-seller.

Studio yang bertanggungjawab membangunkan remake ini dipanggil M-Two dan mereka juga membantu membangunkan RE3 remake sebelumnya. Ini bermakna mereka akan memerhatikan kesilapan yang ada pada judul itu dan memperbetulkannya bagi RE4.

 

Pada mulanya, Capcom ingin Shinji Mikami mengetuai projek ini kerana beliau ada pencipta siri tersebut tapi tidak berupaya kerana sibuk dengan pembangunan permainan baru beliau, Ghostwire Tokyo dengan kerjasama Bethesda.

Kesemua informasi ini bukanlah 100% benar kerana Capcom pun masih belum memberi komen jika Resident Evil 4 benar-benar akan menerima remake.

Bagaimanapun, mengenai remake ini, persepsi adalah berbeza bagi peminat kerana ada yang mengatakan ia sudah lengkap dan tak perlu diperkemaskan lagi malah grafiknya juga cukup memukau berbanding RE 2 dan RE3 yang memang memerlukan remake.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+