Resident Evil Village – lebih banyak maklumat didedahkan

Permainan bergenre seram daripada Capcom, Resident Evil Village atau RE 8 nampaknya akan meneroka dan menyambung jalan cerita protagonis judul terdahulu, Ethan Winters.

Dalam video Developers Insight ini, mereka bercakap bahawa Ethan adalah karakter penting dan jalan cerita mengenai hidupnya perlu diteruskan.

Mereka juga menyebut yang kisah Ethan mungkin akan berakhir dalam judul kelapan ini.

Selain itu, latar tempat diambil iaitu kawasan perkampungan ini juga akan diperluaskan untuk pemain meneroka. Walaupun kaedah pencahayaan digunakan adalah berbeza berbanding RE7, Village akan kelihatan lebih cantik tapi kekal menyeramkan.

Mereka juga ingin pemain mengalami pengalaman yang mendebarkan dengan perspektif first person ini di dalam Village, sama seperti dilakukan dalam 7.

Resident Evil: Village akan dilancarkan di konsol generasi baharu PlayStation 5, Xbox Series X dan S serta di PC.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+