Resident Evil Village menyambung jalan cerita Ethan Winters di PC, PS5, dan Xbox Series X

Sejak pelancaran Resident Evill VII pada tahun 2017, Capcom hanya mengeluarkan dua judul remake iaitu Resident Evil 2 dan Resident Evil 3. Akhirnya, sebuah sekuel telah diumumkan di pembentangan PS5: The Future of Gaming yang dianjurkan oleh Sony.

Judul seterusnya dalam francais Resident Evil ialah Resident Evil Village. Walaupun ia dedahkan di pembentangan PlayStation 5 (PS5), judul ini juga akan dilancarkan di PC dan Xbox Series X.

Nampaknya jalan cerita Resident Evil Village akan bersambung melalui perspektif watak utama Resident Evil VII iaitu Ethan Winters. Watak utama siri Resident Evil sebelum ini iaitu Chris Redfield juga kembali dan dia kini lebih mirip dengan penampilannya dalam Resident Evil 6.

Tiada tarikh pelancaran tepat diberikan untuk judul ini tapi ia dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2021.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+