Riot Games mempertimbangkan ciri menghalang pemain toksik di VALORANT pada masa hadapan

Peminat permainan atas talian seperti VALORANT pasti pernah menghadapi saat-saat bertemu pemain toksik dan semestinya menyampah apabila terjumpa pemain macam ni. Pada masa ini, pemain hanya mampu ‘mute‘ pemain tanpa menhalang pemain itu. Riot Games mengakui masalah ini dan mereka sedang mengusahakan sesuatu penyelesaian untuk masalah pemain toksik ini.

Walaupun pemain sudah bersetuju dengan tatacara berkomunikasi seperti dilihat di bawah, namun tidak semua pemain mengikut tatacara ini.

Penerbit Riot Games, Sara Dadafshar, menekankan bahawa fungsi ‘block list‘ ini agak mencabar untuk diimplementasikan tanpa disalahguna oleh pemain.

Dalam kata lain, pemain di tahap tinggi boleh menghalang untuk bermain dengan pemain yang mampu mengalahkan mereka. Oleh itu, ia memerlukan masa untuk Riot Games memperhalusi ciri ini sebelum mengimplementasikan kepada VALORANT.

Buat masa ini, teruskan membisukan dan melaporkan pemain toksik, dan para pembangun VALORANT akan memberikan amaran dan larangan jika diperlukan.

RELATED NEWS

+