RRQ Lemon kongsi tips bagaimana ingin keluar dari rank Epic abadi

Pemain veteran Mobile Legends iaitu Lemon adalah salah seorang pemain yang sangat handal di dalam arena e-sukan Mobile Legends.

Sebut sahaja nama beliau, para peminat pasti mengetahui pencapaiannya sebagai salah seorang pemain yang pernah memenangi tiga liga MPL bersama RRQ.

Lemon kini mendedahkan tips untuk keluar dari rank Epic abadi untuk ke Legend dan Mythic. 

Hero ini sangat sesuai digunakan sebagai mage oleh kerana burst damage yang dimilikinya sangat tinggi dan memberikan kelebihan kepada pasukan untuk menang.

Feathered Air Strike boleh digunakan untuk membunuh musuh dengan mudah bersama Flameshot. Selain itu, pihak musuh akan mengalami kesukaran untuk melakukan pushing jika adanya Pharsa mempertahankan base.

Jika kita lihat pada pautan video di atas, mudah sahaja untuk Lemon menumbangkan musuhnya. Akan tetapi, jika posisi beliau tidak dijaga maka hero yang pantas ke arah back line seperti Ling dan Zilong mampu untuk menyekat Pharsa dari terus mendominasi.

Adakah anda sudah mencuba hero ini di rank? Jika belum, lihat video di atas terlebih dahulu dan nilai keberkesanannya di peringkat rank. Selamat mencuba!

Sumber: Lemon RRQ

RELATED NEWS

+