RRQ umum percubaan terbuka divisi MLBB

RRQ Hoshi adalah salah satu kuasa besar di dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang di Indonesia. Mereka berjaya bergelar juara MPL ID sebanyak 3 kali dan mendapat gelarang Sang Raja dari segala raja.

Namun begitu, perjalanan mereka di Kejohanan Dunia M3 tidak begitu baik berikutan tewas di tangan ONIC PH di pusingan upper bracket dengan skor 3-0.

Peluang mereka untuk bangkit sekali di peringkat lower bracket digagalkan ketika pasukan Blacklist International menghentikan perjalanan mereka.

Kini, RRQ Hoshi membuka ruang kepada umum untuk bermain bersama pasukan mereka untuk persediaan musim kesembilan.

Sebelum ini, kita dapat melihat pasukan BTR dan juga EVOS Legends melakukan percubaan terbuka kepada umum untuk menyertai divisi MLBB mereka.

Adakah kita akan dapat melihat pemain baru untuk musim kesembilan? Kita bakal saksikan.

Sumber dan foto: teamrrq

RELATED NEWS

+