Saksikan The Quiet Man Membelasah Geng Penjahat Dalam Trailer Terbaru Dari Square Enix

Jom saksikan video baru gameplay dalam The Quiet Man dari Square Enix.

Kalau korang ikuti perkembangan awal pendedahan permainan video ini di persidangan E3 2018, ia terus senyap dan tiada informasi baru didedahkan selepas itu.

Tapi hari ini Square Enix menunjukkan sedikit gameplay yang memfokuskan kombat. Menurut Square Enix, permainan berkonsepkan third-person brawler ini menggabungkan elemen live action dan gameplay. Saksikan trailer di bawah:

The Quiet Man menggunakan latar masa satu malam dan menampilkan Dane sebagai protagonis yang pekak. Dia akan berlawan di jalanan untuk mencari kenapa penyanyi bernama Lala diculik oleh lelaki bertopeng.

Disebabkan Dane tak boleh mendengar, hampir kesemua babak dalam permainan tak boleh didengari. Pemain perlu mengumpul klu mengikut aksi karakter dan bukannya perkataan.

Lebih unik, permaiann ini tak menyertakan HUD dan Dane juga adalah seorang yang pandai berlawan, boleh land beberapa kombo ke atas penjahat.

Sumber: VG247

RELATED NEWS

+