“Saya minta maaf kepada komuniti Wild Rift Malaysia,”- Kelvin Pang

Pengurus kontinjen negara bagi Sukan SEA 2021, Kelvin Pang, memohon maaf kepada komuniti permainan mudah alih League Of Legends: Wild Rift kerana tidak dapat meyakinkan Majlis Olimpik Malaysia memasukkan pasukan Wild Rift wanita bertanding di temasya itu.

Kelvin menyatakan bahawa salah satu sebab kenapa Malaysia tidak menghantar wakil adalah kerana pihaknya tidak mempunyai sebarang data terkini yang membuktikan kewujudan pasukan Wild Rift wanita di Malaysia.

“Ini kerana jawatankuasa pasukan petugas pemilihan saya tidak mempunyai data terkini untuk membuktikan kewujudan pasukan Wild Rift wanita di Malaysia.

“Tiada kejohanan rasmi untuk membuktikan bahawa terdapat pasukan Wild Rift wanita yang boleh bersaing dengan negara Asia Tenggara yang lain.

“Oleh itu, keputusan terakhir kami adalah untuk tidak menyertai.” tulisnya di Facebook.

Dia juga meminta bantuan kepada komuniti Wild Rift Malaysia untuk membantu dalam meningkatkan arena kompetitif Wild Rift wanita.

“Dengan cara ini kita boleh membina pasukan Wild Rift wanita yang terbaik untuk menghantar mereka bagi pendedahan antarabangsa/serantau pada masa hadapan,” katanya.

Pasukan SEM9 akan mewakili kontinjen negara untuk Wild Rift (lelaki) di kejohanan sukan SEA 2021.

Adakah SEM9 mampu untuk membawa balik pingat untuk negara Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+