Set Winter Queen & Robo Santa kini boleh didapati dalam PUBG Mobile

Bersesuaian dengan tema Hari Natal pada musim cuti ini, permainan peranti mudah alih PUBG Mobile telah mengeluarkan set pakaian terbaru Winter Queen dan Robo Santa.

Winter Queen Set di inspirasikan daripada pasukan askar British.  Gabungan warna biru, putih dan juga emas adalah menarik dan pastinya akan memberikan sentuhan tema Hari Natal pada pakaian tersebut.

Bagi pemain yang meminati gacha serta mengumpul kesemua set pakaian yang dikeluarkan oleh PUBG Mobile, pakaian ini pasti akan menjadi kegemaran anda.

Pakaian Robo Santa ini diperbuat daripada sekerap logam dan digabungkan dengan warna merah, topi santa bagi memberikan rasa tema Hari Natal.

Anda boleh log masuk ke dalam permainan sekarang untuk membeli kedua-dua pakaian ini. Bermula dengan 120 UC dan 1080 UC untuk 10 kali pull. 

Pakaian ini boleh didapatkan di dalam premium crate, jangan lepaskan peluang ini.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memeriahkan tema Hari Natal yang dilancarkan oleh PUBG Mobile.

RELATED NEWS

+