Siri animasi League of Legends di Netflix, Arcane tiba November ini

Netflix kini mendedahkan tarikh rasmi pelancaran siri animasi adaptasi League of Legends, Arcane.

Diumumkan melalui acara khas, TUDUM Fan Event, Netflix mengumumkan Arcane akan boleh mula ditonton di platform itu bermula 6 November ini. Disamping itu, mereka juga memperlihatkan trailer terbaru bagi animasi itu. 

Siri Arcane ini berlatarkan di dunia Runeterra yang memfokuskan peristiwa yang berlaku di sebuah sudut di bandar Piltover iaitu Zune, sebuah daerah ‘undercity‘. 

Siri ini akan dibintangi oleh Hailee Steinfeld yang akan menjadi pelakon suara untuk Vi. Selain itu, Vi juga akan ditemani oleh Jinx, Jayce, Caitlyn, Silco, Mel, Vander dan Viktor, yang juga barisan champion cukup terkenal di dalam permainan ini. 

Memandangkan League of Legends adalah sebuah MOBA, permainan ini dipenuhi dengan pelbagai lore atau kisah-kisah berdasarkan karakter atau champion dari permainan ini. Jadi, Arcane adalah kali pertama, kita dapat melihat dunia Runeterra di dalam bentuk animasi dan visual.

Bahkan, Arcane adalah langkah pertama Riot menceburi dunia filem, rancangan TV dan animasi, selain mereka merancang untuk melebarkan sayap mereka dalam dunia hiburan. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+