Skull and Bones Belum Lancar Lagi Tapi Bakal Dijadikan Rancangan TV Dari Ubisoft

Skull and Bones belum dilancarkan lagi tetapi sudah mendapat lampu hijau untuk rancangan TV.

Skull and Bones adalah game aksi open-world terbaru dibangunkan oleh Ubisoft Singapore di mana pemain mengemudi kapal di lautan Hindi semasa zaman kegemilangan lanun. Game ini kelihatan seperti Assassin’s Creed 4: Black Flag kerana game ini dibangunkan oleh studio yang sama bertanggungjawab untuk Assassin’s Creed 4.

Tahukah anda: Rekaan kapal lanun mendapat hasil sentuhan anak Malaysia?

Meskipun game pertarungan lanun masih lagi belum mempunyai tarikh rasmi, Ubisoft memeterai kerjasama dengan Atlas Entertainment untuk menghasilkan sebuah adaptasi TV.

Menurut The Hollywood Reporter, drama ini bakal membariskan pelakon wanita sebagai tonggak utama dan berlatarbelakangkan kegiatan lanun di Lautan Hindi sekitar tahun 1700an. Amanda Segel (Person of Interest, The Mist) akan terbit secara eksklusif dan tulis episod pertama. 

Ubisoft berjinak dalam television dan filem bermula dari filem Assassin’s Creed pertama yang dibintangi oleh Michael Fassbender pada 2016. Filem itu mendapat sambutan suam-suam kuku oleh rata-rata peminat Assassin’s Creed dan para pengkritik filem. 

Selain itu, The Division turut diadaptasi sebagai filem dan dibintangi oleh pelakon Jessica Chastain dan Jake Gyllenhaal di bawah arahan David Leitch.

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi untuk siri TV Skull and Bones.

Skull and Bones (ini betul-betul game) pula bakal dilancarkan pada tahun ini di PC, PS4 dan Xbox One.

Kredit gambar utama: The Hollywood Reporter

 

RELATED NEWS

+