Soloz satu-satunya personaliti e-sukan tercalon dalam Anugerah Melodi Drama Sangat

Penghibur penstriman langsung nombor satu Malaysia di Facebook Gaming, Ahmad Faris Zakaria tercalon bagi kategori Selebriti Digital Sangat untuk Anugerah Melodi Drama Sangat yang akan bermula pada awal Disember ini.

Dalam kategori tersebut, ahli Team Bosskurr itu akan bertanding bersama selebriti digital lain seperti Khairul Aming, Sofyank, Isa Isarb dan ramai lagi.

Foto: Soloz

Bagi membuat undian, anda boleh layari laman web XTRA ini.

Anugerah Melodi Drama Sangat membariskan pelbagai calon dalam industri seni tanah air berserta personaliti digital yang menempa nama melalui pelbagai platform sosial.

Anda mempunyai selama 25 hari untuk membuat undian ini.

Soloz sebelum ini pernah memegang rekod jumlah pengikut tertinggi di Facebook dalam kategori e-sukan bagi Malaysia Book of Records sudah mencapai 1 juta pengikut di Instagram dan Facebook page miliknya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+