Suhaz Esports mencari bakat baru untuk pasukan Suhaz Junior

Pasukan Suhaz Esports adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena e-sukan kompetitif Mobile Legends. Mereka adalah salah satu pasukan veteran di Liga Profesional Mobile Legends (MPL).

Mereka kini mengumumkan pengambilan bakat-bakat baru bagi mengisi kekosongan skuad kedua mereka yang dikenali sebagai Suhaz Junior.

Pengumuman ini dibuat di dalam sebuah hantaran di laman sosial Facebook rasmi mereka. Menurut Suhaz, skuad ini akan berada di bawah jagaan jurulatih, Padel sendiri.

Selain itu, pasukan ini akan dibawa masuk ke dalam pertandingan-pertandingan kecil sebelum bersedia ke pusingan kelayakan MPL musim depan.

Syarat-syarat yang diperlukan untuk menyertai pasukan ini adalah:

  • Mempunyai pasukan sendiri (barisan pemain yang cukup)
  • Pasukan tidak terikat dengan mana-mana syarikat atau penaja
  • 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan
  • Berdisiplin dan komited

Untuk pengetahuan anda, hanya 64 pasukan terawal sahaja yang akan dapat menyertai pertandingan pencarian bakat baru ini. 64 pasukan itu akan berlawan di antara satu sama lain dan pemenang akan menjadi skuad Suhaz Junior.

Adakah anda sudah membuat permohonan untuk sertai pertandingan ini? Jika belum, lakukan dengan cepat. Semoga berjaya!

Foto: Suhaz Esports

RELATED NEWS

+