Sukan SEA ke-31 ditunda ke tahun hadapan akibat wabak Covid-19

Melihat perkembangan Covid-19 seluruh dunia, Majlis Olimpik Malaysia mengumumkan Persekutuan Sukan Asia akan menunda Sukan SEA ke-31 yang seharusnya berlangsung pada 21 November – 2 December ini ke tahun hadapan. 

Tarikh yang baru akan diumumkan kemudian. Sukan SEA yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam itu dinantikan oleh para gamers terkemuka tanah air kerana e-sukan akan tetap dipertandingkan sebagai acara berpingat.

Ia termasuklah permainan PC League of Legends, Fifa Online 4 dan juga Crossfire. Selain itu, permainan peranti mudah alih juga mengambil bahagian seperti League of Legends: Wild Rift bagi pasukan lelaki dan wanita, Arena of Valor, PUBG Mobile, Garena Free Fire dan juga Mobile Legends: Bang Bang.

Pingat emas, perak dan gangsa akan dipertandingkan, juara akan membawa pulang pingat emas untuk mengharumkan nama negara. Walau bagaimanapun, langkah yang diambil oleh SEA Games Federation ini dilihat munasabah memandangkan wabak Covid-19 semakin mengganas dengan varian baru dan mereka sangat mementingkan keselamatan peserta yang menyertai pertandingan.

RELATED NEWS

+