Tarikh pelancaran PUBG New State tertiris, mungkin dilancarkan hujung Oktober

Pemain sudah menunggu pelancaran PUBG New State sejak akhir ujian alpha kedua yang berlangsung sekitar sebulan yang lalu. Seperti yang diketahui oleh peminat dan pemain, Krafton akan menyertakan banyak ciri unik dan memanfaatkan teknologi pencahayaan global dan peningkatan grafik yang ketara.

Kebelakangan ini, tarikh pelancaran yang asalnya dinyatakan sebagai 3 Oktober sudah diubah ke tarikh yang belum diumumkan. Namun, peminat yang bermata tajam mungkin menyedari satu tarikh baru di Apple App Store.

Seperti yang terlihat dalam gambar di atas, tarikh pelancaran PUBG New State yang dijangka di Apple App Store kini dinyatakan pada 31 Oktober. Dengan penundaan ini, tempoh menunggu para pemain dipanjangkan sedikit. Kini, pemain perlu menunggu sekitar satu bulan untuk menikmati permainan baru dari Krafton.

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa ini hanyalah tarikh anggaran dari Apple App Store dan Krafton belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk judul battle royale generasi hadapan ini. Krafton juga menyatakan bahawa mereka merancang untuk melancarkan permainan pada separuh kedua tahun 2021.

PUBG New State sudah meraih lebih 40 juta pra-pendaftaran dan kini bilangan itu kian berkembang. Permainan ini juga antara sebuah permainan yang mampu mengubah paradigma tentang permainan mudah alih atas beberapa sebab yang dibincangkan di artikel ini.

RELATED NEWS

+