Team Secret adalah juara PMPL SEA musim keempat

Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) musim keempat menyaksikan 4 pasukan Malaysia layak ke peringkat final untuk merebut slot ke PMGC.

Team Secret sudah pun layak sebelum ini kerana mereka sudah mengumpul mata PMGC yang cukup. Bagi pasukan 4Rivals, Geek Fam dan Axis Redone, mereka harus berhempas pulas untuk mendapat slot itu.

Walau bagaimanapun, Team Secret tidak mengalah untuk mendapatkan gelaran juara PMPL SEA meskipun mereka sudah layak ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC).

Pasukan 4Rivals dan Team Secret akan menjadi wakil Malaysia untuk ke Kejohanan Dunia itu.

Malang sekali buat pasukan Geek Fam, mereka hanya kekurangan dua mata dengan pasukan dari Thailand iaitu MS Chonburi.

4Rivals berjaya melakukan kejutan pada hari ini dan mengejar mata bagi mendapatkan kedudukan keempat seterusnya melayakkan diri ke PMGC.

Tahniah diucapkan kepada Team Secret kerana mereka membuktikan mereka adalah satu pasukan yang konsisten untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Foto: Team Secret 

RELATED NEWS

+