Team Secret dedahkan kenapa sampai sekarang tak ada pasukan MLBB

Team Secret adalah salah satu pasukan e-sukan yang terkemuka di dunia. Mereka mempunyai pasukan VALORANT, Dota 2, PUBG Mobile, Wild Rift dan Rainbow Six Siege. Tetapi Team Secret tidak pernah ada skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) sedangkan permainan itu agak terkenal di rantau ini. 

Akhirnya, CEO Team Secret, John Yao, mendedahkan sebab mengapa mereka tiada pasukan MLBB.

Pada tahun 2017, Yao mengambil alih Team Secret dengan visi ingin mengembangkan jenama Team Secret ke persada dunia. Beliau bermula dengan rantau Asia Tenggara kerana kadar pertumbuhan dan penglibatan peminat di Asia Tenggara benar-benar kukuh. Yao juga memilih permainan yang seronok ditonton dan dimainkan oleh ramai peminat.

Jadi, mereka bermula dengan PUBG Mobile dan VALORANT dia Asia Tenggara kerana mempunyai kewujudan global serta jumlah penonton yang tinggi.

Ketiadaan skuad MLBB

Berdasarkan kriteria di atas, MLBB menepati ciri-ciri itu untuk permainan yang seronok ditonton serta ramai pemain.

Tetapi, menurut Yao, MLBB tidak mempunyai kewujudan global. Dalam kata lain, permainan itu tidak mendapat sambutan di sesetengah rantau seperti di Eropah atau Timur Tengah.

Namun, dengan pengumuman MPL di Timur Tengah serta Afrika Utara, Team Secret mungkin akan membangunkan pasukan MLBB tidak lama lagi.

Menurut Yao, Team Secret akan menyertai arena MLBB apabila waktunya sesuai.

“Ia tidak bermakna kita tidak akan menyertainya. Buat masa ini, ia tidak sesuai dengan apa yang kita mahukan,” kata Yao.

Mungkin kita akan lihat penyertaan Team Secret ke arena e-sukan MLBB tidak lama lagi.

Sumber rujukan: Yahoo! News

RELATED NEWS

+