tidak membangunkan pasukan MLBB."> tidak membangunkan pasukan MLBB." /> tidak membangunkan pasukan MLBB." />

Team Secret mendedahkan sebab tidak menyertai Sukan SEA Ke-31

Team Secret adalah sebuah pasukan yang mempunyai ramai peminat lebih-lebih lagi di rantau Asia Tenggara. Pasukan ini juga mempunyai skuad Dota 2, PUBG Mobile, dan Wild Rift. Cuma baru-baru ini, pasukan itu mendedahkan sebab tidak membangunkan pasukan MLBB.

Kini, CEO Team Secret, John Yao, mendedahkan mengapa pasukan itu tidak menyertai pusingan kelayakan League of Legends: Wild Rift untuk kontinjen Sibol.

Dalam sebuah video YouTube Team Secret, Yao menerangkan bahawa mereka mengutamakan acara rasmi yang dianjurkan Riot Games kerana ia lebih bernilai daripada Sukan SEA ke-31.

“Saya fikir secara umum, Sukan SEA dan sebagainya, ia kejohanan yang bagus tetapi sangat sukar untuk memberikan kesahihan kepada mereka dari sudut pandangan komuniti,” kata John Yao.

Yao juga berkata bahawa komuniti mungkin tidak menganggap pasukan yang memenangi Sukan SEA sebagai ‘Juara SEA.’ Juara rantau sebenar, menurut Yao, adalah pasukan yang menjuarai kejohanan rasmi yang dianjurkan pembangun permainan seperti Riot Games atau Valve.

Beliau juga berkata jika jadual kedua-dua kejohanan itu tidak bercanggah, berkemungkingan Team Secret akan menyertai kedua-duanya.

“Sekiranya pertembungan jadual mengganggu latihan untuk litar kejohanan biasa, untuk Kejohanan SEA sebenar dan untuk Kejohanan Dunia, ketiga-tiga itu lebih diutamakan berbanding Sukan SEA,” kata Yao.

Sumber rujukan: YouTube

RELATED NEWS

+