Tencent Untung Dengan Pengganti PUBG Mobile Di China, Kaut USD$14 Juta Selepas 72 Jam

Selepas menggantikan PUBG Mobile dengan Game For Peace di China, Tencent Holdings meraih keuntungan sebanyak USD14 juta (bersamaan RM58.28 juta) dalam masa hanya 72 jam (3 hari).

Versi iOS untuk Game For Peace juga adalah yang paling banyak muat turun dan juga merupakan top-grossing di App Store China pada 10 Mei mengikut data dari Sensor Tower jadi tidak hairanlah keuntungan ini boleh diraih dalam masa begitu singkat memandangkan terdapat begitu ramainya pemain PUBG Mobile di negara itu.

Sebelum ini kami melaporkan yang kerajaan China menundakan proses untuk Tencent meraih keuntungan daripada PUBG Mobile dan menggantikannya dengan Game For Peace yang membolehkan pengguna bermain permainan mudah alih itu dengan mengimport data mereka selain mengekalkan gaya permainan. Game For Peace lebih bertemakan patriotik dan dikatakan tiada unsur keganasan sekali gus membolehkan Tencent meraih pendapatan dari skins dan lain-lain item dalam permainan.

Selain permainan mudah alih, China juga memerangi kandungan bertemakan keganasan, politik dan seksual dari pelbagai platform iaitu daripada TV hinggalah permainan video.

Sumber: The Star

RELATED NEWS

+