[TERKINI] RRQ Xinn tak akan bermain di MPL Indonesia musim ketujuh

Pemain RRQ Hoshi, Yesaya Omega Armando Wowiling (Xinn) tak akan bermain di MPL Indonesia musim ketujuh,  umumnya semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam satu sesi penstriman langsung oleh Donkey di Nimo TV, semalam. Menurut Xinn, beliau akan rehat sepanjang MPL kali  ini.

Katanya, beliau tak turut serta pada Hari Media untuk sesi penggambaran jadi jelas beliau tak akan bertanding di musim liga kali ini.

Namun, dengan tinggalnya Alberttt sebagai pemain core, adakah RRQ Hoshi mampu membuat perubahan? Wizzking pula masih boleh jadi backup namun adakah ketiadaan Xinn akan member impak pada prestasi?

RRQ juga ada merekrut Taka dari BTR Alpha baru-baru ini sebagai pemain tank.

Kita nantikan dan lihat apa strategi RRQ Hoshi di MPL ID musim ketujuh ini.

Sumber rujukan: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+