The Last of Us Part II dan salah satu persoalan besar menghantui ramai peminat adalah adakah mod multiplayer akan muncul dalam game kedua?"> The Last of Us Part II dan salah satu persoalan besar menghantui ramai peminat adalah adakah mod multiplayer akan muncul dalam game kedua?" /> The Last of Us Part II dan salah satu persoalan besar menghantui ramai peminat adalah adakah mod multiplayer akan muncul dalam game kedua?" />

Tiada Multiplayer Dalam The Last of Us Part II, Kata Naughty Dog

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pada minggu ini, Naughty Dog baru sahaja mendedahkan lebih banyak perkara tentang game terbaru mereka, The Last of Us Part II dan salah satu persoalan besar menghantui ramai peminat adalah adakah mod multiplayer akan muncul dalam game kedua?

Dukacita dimaklumkan kepada peminat bahawa mod multiplayer tidak akan disertakan dalam The Last of Us Part II. Perkara ini membangkitkan banyak komen dan kontroversi dalam kalangan peminat tentang ketiadaan mod online.

Ini menyebabkan Naughty Dog terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan kecelaruan. Melalui satu pos rasmi di Twitter, sebab utama pembangun tidak memasukkan mod multiplayer adalah kerana mereka memfokuskan sepenuhnya kepada kempen single-player.

Walaubagaimanapun, ini bukan bermakna Naughty Dog terus menyingkirkan potensi mod online yang pernah ditonjolkan dalam The Last of Us. Melalui kenyataan di atas, terdapat olahan baru untuk pengalaman mod online dalam bentuk lain.

Namun, Naughty Dog tidak dapat letak jangkaan tarikh atau ulas lebih lanjut tentang perkara ini buat masa sekarang.

The Last of Us mungkin terkenal dengan penceritaan Ellie dan Joel yang meruntun hati tetapi mod multiplayer iaitu dikenali sebagai mod Factions masih lagi terkenal dalam kalangan pemain PS4. Dalam mod multiplayer berkenaan, korang ditugaskan untuk menjaga puak kumpulan selama 12 minggu dengan mengumpul ‘bekalan’ melalui tiga jenis perlawanan berbeza iaitu Supply Raid, Survivor dan Interrogation.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 21 Februari 2020 khas untuk PS4.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+