Todak vs Homebois, perlawanan di antara dua pasukan gergasi MPL MY

Minggu kelima MPL MY disajikan dengan perlawanan di antara dua pasukan gergasi iaitu Todak dan Homebois.

Kedua-dua pasukan ini ingin mengejar slot ke Upper Bracket Semi Final di pusingan playoffs.

Todak mempunyai peluang yang cerah untuk mengunci posisi kedua di liga dan mengutip 16 mata selepas hanya tewas satu perlawanan.

Mereka akan meneruskan rentak cemerlang sepanjang musim dan cuba meneruskan rekod 5 perlawanan tanpa kalah pasukan itu.

Bekas juara MPL MY itu akan mengekalkan cara permainan mereka dengan menggunakan hero yang tidak meta dan akan mengelirukan pasukan Homebois.

@mygameondotmy @TDK.Ciku kotakan janji dia dengan keluarkan Layla 🫡 tunggu Ciku mainkan Miya je ni #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #fyp #kakigaming ♬ GATÚBELA – KAROL G & Maldy

Kemarau kemenangan Homebois berterusan selepas tewas di tangan Team SMG dengan skor 2-0 pada minggu keempat.

Kekalahan kepada Team Lunatix memberi impak yang besar kepada HomeBois dan mereka masih mencari jalan untuk kembali menang seperti di awal musim.

Ini meletakkan Homebois di tangga ketiga liga dengan 13 mata selepas minggu keempat.

Ramai menjangkakan bahawa Todak akan memenangi perlawanan ini mengikut prestasi semasa.

Dengan jumlah 10 pemain di dalam pasukan itu, mereka boleh membuat pelbagai pencaturan dari segi barisan pemain pada perlawanan itu.

Walaubagaimanapun, jurulatih Dale dan anak-anak buahnya berhasrat untuk memecahkan rekod 5 perlawanan tanpa kalah Todak pada perlawanan ini.

Todak perlu memenangi perlawanan ini kerana mereka hanya mempunyai satu perlawanan selepas bertemu Homebois.

Todak akan berjumpa dengan RSG Slate MY pada minggu terakhir MPL MY.

Homebois pula mempunyai baki dua perlawanan selepas bertemu Todak di mana mereka akan menentang Madness Esports pada minggu kelima dan Red Esports pada minggu terakhir liga.

Perlawanan di antara dua pasukan gergasi ini akan berlangsung pada 8 April (Sabtu) jam 1.30 petang di Stadium Juara, Mont Kiara.

Sumber: MPL Malaysia & Liquidpedia

RELATED NEWS

+