Ubisoft akan adakan acara persidangan digital pertama pada 12 Julai 2020

Baru-baru ini, Ubisoft telah mengumumkan acara terbaru mereka iaitu Ubisoft Forward. Ia merupakan acara persidangan digital pertama syarikat tersebut dan ia akan diadakan pada 12 Julai 2020.

Mengikut waktu Malaysia, acara tersebut akan diadakan pada 13 Julai 2020 bermula dari 3AM. Sama seperti banyak acara digital permainan video lain tahun ini, persidangan ini akan diadakan untuk menggantikan acara-acara yang dibatalkan akibat wabak COVID-19.

Pada waktu ini, Ubisoft tidak berkongsikan permainan video apa yang akan diperlihatkan di Ubisoft Forward. Salah satu perkara yang penulis yakin akan ditunjukkan ialah permainan Assassin’s Creed: Valhalla dan mungkin juga Watch Dogs: Legion.

Sumber: Ubisoft

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+