Vale dirombak dan kini tidak perlu pilih skill?

Hero mage di MLBB, Vale kini tidak lagi memerlukan sebarang naik tambah ketika menggunakan kuasanya.

Di patch Advance Server 1.7.84, Vale sudah menerima buff di mana skill 1, skill 2 dan Ultimate kini akan mengeluarkan damage yang lebih banyak daripada sebelum ini.

Tetapi kini, pasifnya yang membolehkan pemain untuk memilih kuasanya sudah pun dibuang oleh Moonton.

Ia dibuang kerana Moonton melihat ramai pemain tidak menggunakan skillset yang lain dan hanya kekalkan pada yang sama sahaja.

Kini, anda akan mendapat kedua-dua efek dalam satu skill.

Sebagai contoh untuk skill pertama iaitu Wind blade, di mana kini ia akan mengeluarkan damage yang lebih tinggi dan menambah jarak.

Ia akan mendapat Cooldown yang lebih kurang daripada 8.5 saat – 6 saat kepada 9 saat – 3 saat di Advance Server.

Skill 2 iaitu Windblow akan mengangkat musuh selama 1 saat serta ia akan kekal memberi damage. Ia akan bertahan sehingga 2 saat.

Ultimatenya, Windstorm kini akan menarik musuh ke tengah dan mengeluarkan damage yang lebih tinggi daripada dahulu.

Damage ini bertambah daripada 800 – 1200 (tambahan 160% jumlah Magic Power) kepada 1,200 – 1,800 (tambahan 240% jumlah Magic Power)

Ia akan melakukan burst dengan lebih besar dan berpotensi untuk membunuh hero dengan nyawa yang sedikit dalam satu kombo.

Tetapi, dia akan menerima nerf di Ultimate di mana efek perlahan (slow) dikurangkan daripada 40% sehingga 20%.

Bukan itu sahaja, Moonton membuang efek di mana kini dia tidak dapat mengurangkan Magic Defense pihak lawan sebanyak 15.

Dengan perubahan ini, dia semakin kuat di fasa awal permainan dan ini berjaya menutup kelemahan Vale pada meta hari ini di mana dia lemah pada fasa awal permainan.

Setakat ini, Vale masih dalam fasa pembangunan dan ia dijangka akan mengalami perubahan pada patch akan datang.

Adakah dengan perubahan ini membuatkan Vale memasuki ke meta?

RELATED NEWS

+