VCT: Pasukan yang layak ke Champions 2021 setakat ini

Dengan VCT Master Berlin yang sedang berlangsung, masih ada kejohanan yang dinantikan-nantikan dan ia adalah kejohanan dunia pertama Riot untuk VALORANT iaitu Champions 2021. 

Sepanjang tahun ini, kejohanan Challengers dan Masters berlangsung untuk memilih pasukan yang layak bertanding di Champions. 

Melalui mata yang dikumpul, buat masa ini terdapat 11 pasukan yang mewakili zon masing-masing seperti Amerika Utara, Eropah, Brazil, Asia Tenggara, Korea, Jepun dan Amerika Latin yang sudah layak menyertai Champions. 

Selain itu, satu pasukan yang memenangi VCT Master Berlin akan layak ke Champions secara automatik.

Manakala, empat pasukan selebihnya akan dipilih melalui Last Chance Qualifier yang akan berlangsung pada Oktober ini, iaitu satu daripada EMEA, satu daripada Amerika Utara, satu daripada Amerika Selatan dan satu daripada Asia. 

Mata-mata yang akan diperoleh bagi setiap pasukan di setiap kejohanan

Pasukan-pasukan yang layak buat masa ini ialah antaranya bagi NA, Sentinels mengumpul 725 mata selepas mendapat 400 mata sebagai juara di Master Reykjavik. Vision Strikers daripada Korea berjaya mengumpul 415 mata dan KRU Esports (Amerika Latin) dengan 445 mata.

Di samping itu, X10 daripada Asia Tenggara berjaya mengumpul 295 mata sepanjang tahun ini meskipun tidak berjaya mendapat tempat ke VCT Master Berlin.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+