Versi 2.7 Genshin Impact ditangguhkan – HoyoVerse

Buat pertama kali dalam sejarah Genshin Impact acara siaran langsung pertama terpaksa ditangguhkan.

Pemain Genshin Impact minggu ini telah mengeluarkan banyak spekulasi dan sangkaan orang ramai tepat.

HoyoVerse membuat pengumumkan ini di laman sosial mereka secara rasmi.

HoyoVerse terpaksa menangguhkan Versi 2.7 yang telah menjadi perhatian ramai kerana memperkenalkan 2 karakter baru iaitu Yelan dan Shinobu.

Tiada maklumat lanjut diberikan oleh HoyoVerse tetapi, mereka akan memberitahu kemas kini terbaru, penukaran pelan dan pemberian pampasan ke pada semua pemain Genshin Impact.

Berkemungkinan besar Versi 2.7 ditangguh kerana masalah COVID-19 di Shanghai yang sangat teruk sehingga terpaksa berada di dalam perintah berkurung yang ketat.

Hal ini juga menyebabkan ramai staf HoyoVerse yang terpaksa berada di rumah dan tidak sukar untuk menyambung kerja mereka.

RELATED NEWS

+