“WatchnLearn bukan ancaman sebenar kami,” – Alpha

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris.

Jurulatih pasukan Todak Free Fire, Mohd Aswat bin Jasdi (Alpha) menyifatkan pasukan WatchnLearn bukan satu cabaran yang sukar buat pasukannya dalam Siri Cabaran Free Fire musim kedua.

“Zon permainan dan koordinasi pasukan yang menjadi faktor kami bertemu mereka dalam pertempuran,” ujar Alpha dalam satu temubual.

Alpha juga berkata pasukannya akan sentiasa bersedia untuk situasi itu. Maklumat tentang analisis yang dikumpul juga membantu pemainnya membuat keputusan dengan lebih efisien.

“Kami (Todak) masih menghormati mereka sebagai pesaing dalam permainan,” katanya.

Kemasukan pemain baharu, Zack dari Geek Fam tampak memberi impak yang positif pada minggu kedua selepas berjaya mendaki empat anak tangga di kedudukan kedua keseluruhan liga Siri Cabaran Free Fire musim kedua.

“Fokus kami untuk beraksi cemerlang kerana keserasian sudah semakin kukuh,” katanya tentang prestasi pasukan setakat ini.

Dia juga meletakkan harapan supaya dapat menghabiskan saingan peringkat liga dengan meraih podium.

Berikut adalah beberapa pencapaian pasukan ini dibawah kendalian Alpha:

  • Naib Juara Siri Cabaran Free Fire Malaysia (Peringkat Liga).
  • Juara Siri Cabaran Free Fire Malaysia (Grand Final).
  • Kelima Kejohanan Major Malaysia, Kemboja dan FIlipina (MCP) musim ketiga (Peringkat Liga).
  • Naib Juara Kejohanan Major Malaysia, Kemboja dan FIlipina (MCP) musim ketiga (Grand FInal).
  • Ke-9 Play-Ins Siri Dunia Free Fire 2022 Sentosa

Pasukan Todak akan bermain minggu ketiga Siri Cabaran Free Fire musim kedua pada hujung minggu ini. Hanya 12 pasukan teratas akan maju ke Grand Final pada 30 dan 31 Julai 2022.

RELATED NEWS

+