WCS MYSG: Minggu terakhir penentuan liga

Kejohanan Juara Wild Rift (WCS) peringkat Malaysia dan Singapura berlangsung dengan begitu meriah ketika ini.

Tinggal lagi satu minggu (yang akan bermula Jumaat) di mana menyaksikan pasukan-pasukan akan ditempatkan ke slot separuh akhir upper bracket atau suku akhir sahaja.

Mengikut format, dua pasukan ranking teratas akan ke separuh akhir manakala yang lain di peringkat suku akhir. Malang bagi dua pasukan tercorot iaitu Todak dan Reach The Peak kerana mereka berada di ambang penyingkiran ketika ini.

Bagi pasukan di kedudukan ketiga hingga keenam, kekalahan di peringkat suku akhir masih memberikan peluang untuk bertanding di peringkat lower bracket.

Pasukan di peringkat separuh akhir sangat bertuah kerana hanya perlu bermain dua set perlawanan sebelum berjaya ke Grand Final.

Kemenangan liga ini penting kerana juara akan layak ke playoffs kejohanan utama WCS kelak.

Mengikut statistik, tiga pemain Malaysia, Coffee (UpCar Esports), OzoraVeki (SEM9) dan Winter (SEM9) masing-masing mencatatkan tiga kali MVP sepanjang liga.

Sumber rujukan: Liquipedia

RELATED NEWS

+