Wild Rift: Tak tahu main? Sekarang ada mod latihan

Permainan mudah alih League of Legends: Wild Rift kini menyertakan mod latihan untuk pemain baharu.

Mod latihan itu boleh diakses melalui butang Play yang mana anda boleh memilih kesemua champion untuk dicuba. Dalam mod itu, anda boleh menambah level hingga maksimum dan memasukkan dummy ke dalam permainan. 

Anda juga boleh mengubah tetapan seperti cooldown, jumlah gold, maksimum level dan juga menukar champion dalam beberapa saat.

Sejak dua hari lepas, Wild Rift menjalani fasa kedua untuk beta tertutup di mana lebih ramai pemain menerima jemputan untuk cuba selain menambah dua negara, Korea Selatan dan Jepun.

Bagi pemain yang sudah mencuba fasa pertama, akaun mereka di-reset dan segala pembelian Wild Cores akan menerima refund dengan bonus 20%.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+