dipuji oleh MobaZane dari BTK. Namun, sehebat-hebat seseorang pasti ada sesuatu yang akan dibimbanginya. Bagi Wise, perkara yang dibimbanginya adalah kehadiran Hadji di Blacklist International."> dipuji oleh MobaZane dari BTK. Namun, sehebat-hebat seseorang pasti ada sesuatu yang akan dibimbanginya. Bagi Wise, perkara yang dibimbanginya adalah kehadiran Hadji di Blacklist International." /> dipuji oleh MobaZane dari BTK. Namun, sehebat-hebat seseorang pasti ada sesuatu yang akan dibimbanginya. Bagi Wise, perkara yang dibimbanginya adalah kehadiran Hadji di Blacklist International." />

Wise asalnya tergugat dengan Hadji, bangga bersama V33

Wise adalah salah seorang pemain jungler terbaik di dunia dan pernah dipuji oleh MobaZane dari BTK. Namun, sehebat-hebat seseorang pasti ada sesuatu yang akan dibimbanginya. Bagi Wise, perkara yang dibimbanginya adalah kehadiran Hadji di Blacklist International.

Menurut sebuah video bertajuk Turning Point di saluran YouTube rasmi Blacklist International, Bon Chan mendedahkan bahawa semangat dan keyakinan Wise mungkin terjejas, memandangkan Hadji juga seorang Jungler yang luar biasa.

Wise Tergugat

“Ini tidak didedahkan kepada umum tetapi saya memberitahu Radacars sebelum Musim 8 bermula bahawa ‘akan ada pemain, satu atau dua daripada mereka yang mungkin fikir Hadji patut menjadi seorang jungler,” kata Tryke Gutierrez, pengasas Blacklist International.

Wise pula sebenarnya tergugat dengan kehadiran Hadji di pasukan itu. Dia merasakan bahawa Hadji mungkin akan menggantikan tempatnya saebagai jungler pasukan itu.

“Itu yang saya fikirkan sebelum ini. Masalah saya ketika itu ialah keyakinan saya, saya rasa seperti kekurangan itu sebelum ini,” kata Wise.

Namun, kebimbangan Wise juga bertambah teruk apabila rakan rapatnya Johnmar Villaluna atau lebih dikenali sebagai OhMyV33nus bersetuju membawa Hadji ke pasukan itu. Walaupun ragu-ragu, Wise mempercayai V33 dan mengikuti keputusan pasukan untuk menerima Hadji ke dalam barisan mereka.

Untuk meyakinkan Wise, Tryke mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan Blacklist International, Radacars, bahawa pasukan itu harus memahami bahawa Wise adalah pemain jungler utama dan tidak akan diganti.

Keyakinan Bertambah

Kebimbangan Wise kian berkurang dan keserasian pasukan berkembang semakin lama mereka bermain bersama. Dia juga menyatakan bahawa dia dan Hadji sudah menjadi rapat.

“Saya tak sangka sangat rapat dengan Hadji. Saya cuma nak kongsi, Hadji adalah seluruh MPL saya. Ia seperti, saya tidak nampak sikap buruk, apabila anda melihat dia, anda berasa gembira,” katanya.

Wise dan V33

Menjelang akhir temu bual, Tryke bertanya pendapat Wise tentang rakan sepasukannya, V33. Wise meluahkan perasaan kepada rakan sepasukannya, OhMyV33nus.

Dia berkata bahawa dia mempunyai perasaan terhadap V33 dan kenyataan ini mengejutkan peminat V33Wise seluruh dunia.

Sumber rujukan: Turning Point

RELATED NEWS

+