Xbox Games Showcase akan diadakan pada 24 Julai

Microsoft telah mengumumkan acara pembentangan Xbox Games Showcase akan berlangsung pada 24 Julai pada waktu 12AM. Acara tersebut akan mempertunjukkan permainan video yang akan dilancarkan di platform mereka iaitu konsol Xbox dan PC.

Bagi mereka yang berminat dengan permainan video yang akan dilancarkan di konsol Xbox Series X, pastikan anda tidak terlepas untuk menonton pembentangan ini. Penulis yakin pelbagai permainan video Xbox One dan PC juga akan dipertunjukkan.

Anda boleh menonton livestream Xbox Games Showcase di YouTube, Facebook, Twitch, dan Twitter.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+