Yoodo Gank: Knockout Series Musim Kedua kini bermula

Yoodo Gank: Knockout Series kini kembali lagi dengan musim kedua! Dikuasakan oleh Yoodo, Musim Kedua pertempuran kalah mati yang penuh epik dan serba baru ini membawakan peminat PUBG Mobile bertempur sama ada bersama atau menentang pasukan Yoodo Gank. 

Pendaftaran untuk perlawanan kini dibuka di mana satu pasukan dengan empat pemain akan mendaftar sebagai Pasukan Pencabar. Salah seorang daripada ahli pasukan mestilah seorang pengguna berdaftar Yoodo. 

Pasukan yang layak akan menentang 16 pasukan lain termasuk Yoodo Gank dalam tiga pusingan. Dua pemain bertuah akan berpeluang untuk bermain bersama pasukan Yoodo Gank sebagai satu pasukan. 

Musim Kedua Yoodo Gank: Knockout Series akan berlangsung esok pada jam 7.30 malam. Pertempuran boleh ditonton di saluran rasmi Yoodo Esport.

Untuk maklumat lanjut sila layari SINI

RELATED NEWS

+