Yoodo membawakan Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021

Yoodo sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk membawakan Kejohanan Kampus PUBG Mobile 2021 kepada khalayak ramai. 

Semua pasukan akan bertanding merebut wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak RM60 ribu. Kejohanan ini khas untuk penuntut pengajian tinggi di Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat melancarkan PMCC 2021 bersama PUBG Mobile dan rakan-rakan rasmi untuk menyokong bakat muda tempatan,” ujar Chow Tuck Mun, ketua Yoodo.

“Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan cabaran pandemik ini, e-sukan secara uniknya sudah membuktikan bahawa ia bukan sahaja mampu bertahan, malah terus berkembang dengan pesat,” tambah beliau.

PMCC pada tahun ini juga akan membawa kembali peraduan Caster Search Yoodo yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2020. Inisiatif ini akan membuka peluang kepada pengulas di luar sana yang ingin mempamerkan kemahiran dan bakat mereka di peringkat profesional.

Selain itu, para pemain yang menyertai pertandingan ini akan beraksi di pusingan kelayakan yang berlangsung di antara 30 Oktober – 14 November. Lima pasukan yang layak terus berentap mengikut zon-zon seperti berikut:

  • Zon Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya)
  • Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Johor)
  • Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan)

Seterusnya, 16 pasukan teratas dan terbaik negara akan bertarung di peringkat akhir PMCC 2021 pada 20 – 21 November ini. Para peminat dapat menyaksikan kejohanan ini di platform digital yang mana ia akan diadakan secara dalam talian.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftar pasukan anda di SINI.

RELATED NEWS

+