PMCO: Malaysia Dahagakan Chicken Dinner, Team Secret Bolot Yang Kelapan

Dalam perlawanan keempat untuk hari keempat belas liga Asia Tenggara PMCO bertempat di Shanghai, China, Team Secret sekali lagi membuktikan kebolehan mereka dengan memperoleh Winner Winner Chicken Dinner kedua (buat mereka) dan yang kelapan buat Malaysia.

Secret diwakili oleh  Secret BiuBiuSecret SinBSecret Alex dan Secret Stewart9k. 

Ketika bulatan terakhir kian mengecil, Team Secret di posisi yang begitu baik kerana bulatan berpihak kepada mereka yang berselindung di sebalik kereta sementara skuad XF dan EVOS perlu mempertaruhkan nyawa untuk berlari ke dalam bulatan.

Nasib menyebelahi kerana pasukan di luar bulatan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan hanya menggunakan med kit.

Kemenangan ini seterusnya menghadiahkan Team Secret 37 mata keseluruhan buat pusingan ini. Tahniah!

Liga Asia Tenggara PMCO berlangsung selama lima minggu mengumpulkan sebanyak 24 pasukan dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina merebut prizepool USD$26,000 (RM107,980) yang mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

Artikel berkaitan: Jr Chicken Dinner Lagi

Artikel berkaitan: ViP Pertama Kali WWCD

RELATED NEWS

+