PUBG Mobile: Ini Dia 5 Pasukan Negara Bersedia Harumkan Nama Malaysia Di Shanghai, China
2019-09-12T08:59:22
By: Hazril Md Nor

PUBG Mobile: Ini Dia 5 Pasukan Negara Bersedia Harumkan Nama Malaysia Di Shanghai, China

 

Demam PUBG Mobile makin menjadi-jadi.

Bukan setakat tular di seluruh negara tapi ada pemain kita akan berentap di liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split! Terdapat lima skuad negara yang layak menyertai liga di Shanghai, China ini.

Lima skuad negara, VIP Squad, Junior Talent, Yoodo Gank, AROV Esports dan Team Secret akan bertanding bermula 17 September hingga 13 Oktober ini dan mereka akan berlawan selama 4 minggu sebelum ke playoffs pada November nanti.

Dalam kejohanan yang membabitkan beberapa negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam ini akan menguji kehebatan bakat tempatan bertanding merebut hadiah wang tunai terkumpul RM129,310 dan bagaimana mereka menyesuaikan diri sepanjang berada di sana.

 

1. Bapak Ah Esports

Sungguhpun tak berjaya mencetuskan kejutan di PMCO SEA Championship kerana terkandas di kedudukan membimbangkan ketika liga, pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Junior Talent ini membuktikan mereka bukan calang-calang di PMNC 2019.

Mereka mendapat tempat ketiga, sekali gus layak ke PMCO SEA Fall Split ini. Sebelum ini, Bapak Ah Esports mempunyai pemain wanita, NorFarah Shahira Mohd Nizam (MissFarr ketika Junior Talent) namun kini digantikan dengan Azfar.

Bapak Ah Esports diwakili oleh :

1. Harith (Bard)

2. Mohamad Nazeri Shahrin bin Affan (Trixnity), 20 tahun

3. Muhammad Fikri Adli B. MD Nizam (Ngah), 20 tahun

4. Izzat bin Abdul aziz (Erynn), 19 tahun

5. Azfar Iqbal (Azfar)

 

2. Yoodo Gank

Prestasi mereka yang mengagumkan sepanjang musim liga SEA Split sebelum ini membuatkan Yoodo Gank berjaya mendapat jemputan terus ke Fall Split tanpa perlu bertanding di kelayakan di PMNC 2019.

Sepanjang berada di liga itu, Yoodo Gank berusaha keras mendapat chicken dinner dan berjaya mendapat placing ke-14 daripada 24 pasukan bertanding.

Semestinya ia menjadi satu cabaran bagi pemain baru, Raymond dan Zulfadli yang akan menyesuaikan diri di pentas antarabangsa dan berjauhan dengan keluarga.

Yoodo Gank diwakili oleh:

1. Aiman Amirul Mohd Sahid (Yoodo ManPrng), 22 tahun

2. Mohammad Zulfadli Abdul Rahman (Yoodo Zully), 19 tahun

3. Raymond Tan Boon Sheng (Yoodo iShoTz), 24 tahun 

4. Mohamad Hafizi Baharudin (Yoodo GeeK), 23 tahun

 

3. Team Secret

Satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke PMCO Global Finals tak lama dulu, Team Secret ingin membuktikan mereka masih lagi relevan untuk liga selama sebulan ini.

Tidak banyak yang berubah untuk pasukan Secret, hanya seorang pemain lama iaitu TS | MX | Potato dari Singapura akan menggantikan Stewart9k ketika liga ini berlangsung. Disebabkan mereka bersama Team Secret, satu organisasi e-sukan yang ternama di Eropah, pastinya tekanan lebih tinggi. Namun, itu takkan menghentikan semangat mereka memberikan persembahan terbaik demi Malaysia.

Team Secret diwakili oleh:

1.  Secret BiuBiu

2. Secret SinB

3. Secret Alex 

4. Secret Potato

Baca lanjut: Secret melamar skuad Malaysia, Genexsus

 

4. Victorious In Play (VIP Squad)

 

Lagi satu pasukan yang juga harapan Malaysia, VIP akan cuba buat yang terbaik selama sebulan berada di Shanghai, China. Korang boleh nantikan kemaskini mengenai pasukan ini di laman Facebook mereka. 

Salah seorang ahlinya, Yakuza xgaming adalah streamer popular yang mempunyai capaian penonton yang tinggi di Page FB miliknya malah peminat sentiasa menantikan Yakuza atau Kuza memulakan strim. 

VIP juga adalah satu-satunya pasukan Malaysia yang tidak mempunyai perubahan ahli kali ini.

VIP Squad diwakili oleh:

1. Muhammad Afiq Abdul Aziz – VipYakuza

2. Ahmad Zamir Mohamad Azme – VipBenv

3. Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman – VipHyqul

4. Muhamad Izzrudin Hashim – VipJumper

 

5. AROV Esports 

AROV Esports berdepan dengan fasa yang begitu mencabar sebelum bermula liga ini. Sungguhpun mereka layak dengan lineup yang sebelum ini, namun ada pemain perlu menghadapi PT3 dan isu berkaitan dokumen pengenalan diri yang membantutkan hasrat mereka ke PMCO.

Sesudah itu, kapten pasukan tersebut, BOYKA mengumumkan tiga nama baru yang akan ke PMCO Fall Splot ini.

AROV Esports diwakili oleh:

1. Khairunnazri Masli – AROV Boyka

2. Muhammad Danny Irfan bin Bakri – AROV 火Jenny’

3.  Fairul Iskandar Putra Bin Muazamshah – AROV Putra

4.  Mohammad Umarul Hakimi bin Mohd Nasarudin – AROV Smokey

Penulis ingin ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan nantikan kemaskini lebih lanjut untuk pasukan-pasukan ini di Facebook kami! atau boleh ikuti tag PUBG Mobile Club Open.

Foto diambil dari pelbagai sumber; Facebook (Team Secret, Yoodo, Arov Esports, Junior Talent PUBG Mobile) dan Google.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
M1: Perjalanan Axis Esports Kini Berakhir
3 days ago
M1: “Kami Akan Cuba Perbaiki Kesilapan,” – Todak
3 days ago
M1: EVOS Legends Ke Upper Bracket Final
3 days ago
M1: Laluan Sukar Todak Di Upper Bracket
3 days ago
M1: Empat Pengulas Ini Berkongsi Tentang Top Picks, Prestasi Pasukan Negara Di Kejohanan Dunia
4 days ago
M1: “Kami Hanya Sasar Gelaran Juara, Akan Cuba Yang Terbaik,” – Todak