Branz kini berada di dalam golden age sebelum dikenakan tindakan tatatertib oleh BTR gara-gara isu skandal livestream yang tular di media sosial. Keputusan itu menyebabkan beliau direhatkan dari bermain di MSC 2021, tindakan BTR dengan mengambil Bottle masuk mungkin akan menggugat nasib Branz di pasukan BTR.
Mana tidaknya, Bottle merupakan pemain muda handalan 17 tahun yang mempunyai prestasi cemerlang semasa di Genflix Aerowolf. Ia menjadi tanda tanya sama ada Bottle akan menggantikan posisi Branz sebagai jungler atau Branz masih lagi dibenarkan untuk bermain bersama pasukan dan beralih ke posisi lain seperti sidelane.
Ianya sukar untuk diramalkan kerana pasukan BTR masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang posisi Bottle di dalam pasukan. Kita bakal saksikan tidak lama lagi nasib Branz sebagai jungler Bigetron Alpha yang tersohor sebelum ini.
Latar belakang Branz
Jabran Bagus “Branz” Wiloko adalah pemain posisi jungler bagi pasukan Bigetron Alpha. Beliau mula bermain permainan peranti mudah alih Mobile Legends ini bermula dari musim ketiga, ianya agak lewat kerana ketika itu rakan-rakannya sudah berada di rank grandmaster.
Sejurus menjadikan Mobile Legends sebagai hobi, beliau mula ketagih untuk bermain dan akan tidur pada lewat malam bagi mengejar rank semata-mata. Sebelum menyertai Bigetron Alpha, Branz dan rakan-rakannya telah menyertai pertandingan kecil yang diadakan di Indonesia. Akhirnya mendapat tempat di dalam pasukan tempatan iaitu MCD yang bertapak di Jogjakarta.
Bermula dari pasukan tersebut, beliau terus bermain dan mengasah skill yang ada sebelum dilamar oleh CEO Bigetron Alpha, Edwin Chia. Akan tetapi meskipun sudah menyertai pasukan tersebut, beliau masih tidak dapat menetap di gaming house BTR di Jakarta oleh kerana masih bersekolah.
Selepas menamatkan zaman persekolahan, Branz terus memilih untuk menjadi pemain professional dan berpindah ke Jakarta bagi merealisasikan impiannya. Hasil dari prestasi yang ditonjolkan oleh beliau, BTR Alpha mampu mara ke peringkat akhir MPL Indonesia musim ketujuh menentang pasukan EVOS Legends. Namun begitu, nasib mereka tidak begitu baik kerana tewas dengan skor 2-4.