PS5 akan tiba pada 19 November, versi biasa sekitar RM2,099 dan versi digital sekitar RM1,699

Sony akhirnya mendedahkan tanda harga dan tarikh pelancaran konsol PlayStation 5 (PS5) di pembentangan PlayStation 5 Showcase. Ia akan dilancarkan di seluruh dunia pada 19 November ini dan dijual pada harga AS$499 (sekitar RM2,099). Versi digital-sahaja pula akan dijual pada harga sekitar AS$399 (sekitar RM1,699).

Di akaun rasmi Twitter PlayStation, Sony juga berkongsi sedikit maklumat tentang pra-tempahan konsol tersebut. Pesanan pra-tempahan PS5 akan bermula seawal esok melalui penjual rasmi terpilih.

Untuk pemain yang tinggal di beberapa negara-negara tertentu, mereka berpeluang memiliki konsol ini seminggu awal daripada pemain di negara lain. Berikut adalah senarai negara-negara yang akan menerima pelancaran PS5 pada 12 November ini:

  • Amerika Syarikat
  • Jepun
  • Kanada
  • Australia
  • New Zealand
  • Korea Selatan

Nampaknya ura-ura mengenai penurunan harga PS5 sebagai tindak balas terhadap pengumuman tanda harga konsol Xbox Series X adalah tidak benar. Konsol terbaru Microsoft juga akan dijual pada tanda harga AS$499. Malangnya, ciri menarik seperti Xbox Game Pass tetap tidak akan disokong di Malaysia.

Untuk maklumat terkini mengenai PlayStation 5, pastikan anda sentiasa melayari laman web rasmi PS5 yang telah disediakan oleh Sony.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+